Halaman

Jumaat, Jun 01, 2012

pasta n mee

SUP PASTA (nie yg Blog DTS- Che Mat Gebu)
gambar pun gelap sbb msk mlm..siang teman koje..jd gambar pun malap jek... Sayakan x pandai memasak tp nak masak jadi sy ..ikut resepi yg ade nie..jd resepi che mat gebu laa jadi bahan ujian sy..kali ini....jadi mntk pohon share je la bahan2 sbb sy mmg ikut 90% bahan2 dari DTS & malas menaip..bila dah jadi mmg sedap...sedapp erk...ni mgu lepas sy buat....
BAHAN-BAHANNYA :-) 50 gram pasta (ikut suka & sy pakai yg kaler), rebus dalam air bergaram hingga lembut, toskan
3-4 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan (sy ganti dgn ayam)
1/2 kiub ikan bilis
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji bawang merah, hiris
1/2 inci halia, dititik
1/4 cawan miv vege (karot, jagung, kacang pis)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam
Hirisan daun bawang dan daun sup
Sambal kicap
CARA MEMBUATNYA :-)
1.Panaskan sedikit minyak msk dalam kuali atau periuk (minyak masak biasa pun ok). Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih dan halia hingga harum, masukkan saderi dan juga kiub ikan bilis, kacau rata dan tuang air.
2.Bila mendidih, masukkan mix vege, udang dan sweet pea, masak sekejap dan tambah garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
3.Masukkan pasta dalam bekas sesuai, tuang kuah sup bersama isi2nya sekali. Tabur hirisan daun bawang/daun sup, serbuk lada hitam dan jika suka tuang sedikit sambal kicap. Hidangkan panas....kena pulak hari hujan dan cuaca dingin.....hmm syok habiss!!!

Tiada ulasan: