Halaman

Isnin, Februari 25, 2013

APAM MARMAR

Resepi ni bkn pertama kali dibuat...ada da N3 sebelum ni bezanya cuma yg ni pakai acuan cumel..itu aje ...& xde snap gambar2 so kali ni ada masa snap la kejap janji ade gak hasil kerja hari sabtu dan ahad... jadi layan kan ajer....



Apam Marmar
Sumber: CMG@myr
Sumber: Tun Telani
juju try lakss
Bahan2 (pakai acuan apam je)
  • 250 g tepung berserbuk penaik -tun guna tepung gandum biasa + 1 sk baking powder
  • 200 ml santan
  • 200 g gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate- guna yg ada tanda halal, ye
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
Cara2:
  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat. - mix sampai adunan jd putih gebu tau
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 15-20 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan.






yg coklat niee nanti n3 lain ok...




sbb mls nak tulis copy aje yg sediada.....

Tiada ulasan: