Halaman

Isnin, Julai 30, 2012

PUDING ROTI MABLE
- resepi kak rose shah alam
Dicuba rasa : juju


Kesimpulannye..memang sedap sgt2...sape2 yg lom teraii sile laaa terai xrugi tauuu..ni je mampu menuliss sbb malass daaa dkt time balik daa......tgh pk nak masak ape harinii???



"




Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco) sy letak kaler hijau jerrrr





Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk



* copy jeee kak rose nye bahan2......thanks kak rose....mntk halal yeeee

Tiada ulasan: