Halaman

Isnin, Mei 20, 2013

menyepi....

Salam..salam salam 1 malaysia...

Lame sungguh xupdate blog...rasenye 2 bulan lebey daaaaa....biasela hangin rajin dtg ade la tulis..lagipun 2 bulan menghilang ada sebab2nya......nie kerana badan semakin2 naik....asik makan jer.....dan hari ke hari asik masak je.pastu mkn..xagak2....so badan bertambah2 naik..huh...tp alhamdulillah cepat er..lambat gak le sedar....selama 2 bulan menyepi...tu bukan xmsk langsung tp...msk hanya utk perlu mkn aje....untuk tekak nak sedap je mmg tiada huhuhuu.....serius ...2 bln lebih proses menguruskan badan....

Bulan pertama seminggu x mkn nasi...hanya mkn meehoon/roti/biskut dan sewaktu dgnnya....turun 3 kg..tp xlarat aaaa...mmg susah seminggu je bertahan....so kepala masih fikir bagaimana nak turunkan berat ye....mase tu berat sy dah mencecah 85.6 dkt2 angka 9 da.... so sy bukak fb..sy beranikan diri mencuba Shape Plus.....& eve fiber....nie bukan nak promote tp nak cite je...dan diari sendiri....
mkn mende alah nie sy turun 8.6 kg sebulan....tp bulan ke-2 degil la pulak....sekilo pun xturun...tu mesti lemak tepu kan.....so sy hanya mkn 2 bln aje...dan berat baru 77kg....

 hijau ni minum  pagi jerr....


yg merah ni sebelum mkn mlm....

nie gambar sebelum ambil shape plus....gambar sorg xde la pulak ...

ei maluu buruknye aku...huhuu

nmpk tuuu beso pada laki daa....huiyoo buruknyee....tgok tang perut tu...huh malu..malu...

yg nie pun same hehehe

ok kite letak gambar yg berat da turun....


tadaaa..perut da suku hilang huhuuhuh (nie mase berkelah di sg sendat...mm sendat aa ramai bangat org)



muka pun da xbulat2 gitu.....hihii.....alhamdulillah....w/pun dah berenti tp masih lagi on diet ...nasi hanya 1 hari sekali sahaja...mlm jgn usik nasi yeee.....dan masih lagi menurunkan berat badan yg mase anak dara dulu huhuuh...caiyok..caiyok...kemon...kau boleh!!! sewaktu menulis nie....baru je timbang...76 kg....(utk pengetahuan yee sy tinggi 175cm) so berat la heheeh

ok bab kurus murus sampai sini dulu......kalau da sampai berat yg dikehendaki baru buleh tulis semula ye.....ok kite cite msk lak....

Rabu, Mac 13, 2013

APAM PISANG COKLAT

noorana@myresepi.com
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 2 sudu makan serbuk koko*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1 sudu teh baking powder* semua bahan diayak bersama
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cwn pisang emas yang dilecek
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 2 biji telur (dipukul) 



Cara-cara

  1. 1)Panaskan kukusan. 2) Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk. 3) Masukkan bahanbahan yang tidak diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati. 4) Masukkan dalam acuan kecil atau loyang. 5) Kukus selama ½ jam atau sehingga masak.
  2. pastikan air kukusan tidak jatuh ke dalam loyang semasa mengukus.

ok..mmg sedap..dan selamat mencuba

 

Jumaat, Mac 08, 2013

SAMBAL IKAN BILIS



Entri kali ini menu yg paling ringkas....sesuai dimakan dgn nasi panas2...dgn lempeng kaa...atau sebagainyee....

bahan2...ikan bilis, cili kisar, gula, garam, cuka, bwg merah dan mnyk utk menggoreng.


ikan bilis goreng hingga garing2 dulu...pastu baru tumis bahan2 yg ade tertera diatas....ok...


siap utk dimamam....................

Rabu, Mac 06, 2013

MUDAHNYA SEORG WANITA UNTUK MASUK SYURGA

Ini janji Allah S.W.T kepada seluruh wanita.....
petikan dari blog que achmad
copy utk pesanan diri juju sendiri...yg alpa ini....
 
 
 
 
1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya

Isnin, Mac 04, 2013

Isu Kes Tuntutan Sabah Sultan Sulu

copy from kisahemasputih.com




Ya!!! Memang benar!!! Sejarah telah membuktikan bahawa Kesultanan Sulu pernah memerintah negeri Sabah NAMUN ianya telah lama BERAKHIR dan Sabah telah pun MERDEKA pada 31 Ogos 1963 sebagai NEGERI SABAH dan kemudiannya bersama dengan Sarawak (dan ketika itu disertai oleh Singapura) telah bersetuju untuk menyertai dan seterusnya bergabung bagi membentuk PERSEKUTUAN MALAYSIA (Pada mulanya pembentukan persekutuan Malaysia adalah pada 31 Ogos 1963 namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan ianya terpaksa ditangguhkan kepada 16 September 1963). 

Akan tetapi, tiba2 entah dari mana muncul pula seorang lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram. Entah mengapa setelah sekian lama "menyepi" dan kini "Baginda" secara "tiba2" telah memunculkan bersama para pengikutnya atau lebih dikenali sebagai "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk mengambil alih pemerintahan wilayah Sulu di timur negeri Sabah. Namun begitu "Baginda" telah terlupa sesuatu, "Baginda" mungkin terlupa bahawa pada 22 Januari 1878 di Istana Sultan Sulu, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian (bertulis) dengan William Cowie iaitu wakil daripada Syarikat Borneo Utara British (BNBC) untuk "menyewakan" atau "memajakkan" negeri Sabah serta kawasan Borneo Utara (sedikit demi sedikit) kepada BNBC tetapi dengan syarat, Baginda hendaklah diberi perlindungan daripada ancaman Kuasa Laut Tentera Sepanyol di Filipina (namun ketika penghujung tahun 1700, kesemua saki baki wilayah jajahan takluk Kesultanan Sulu telah diserahkan kepada Sepanyol) BNBC juga telah membayar wang pampasan kepada Sultan Sulu pada ketika itu. 

Ianya jelas bahawa kedua2 pihak telah bersetuju dengan perjanjian tersebut dengan tidak ada sebarang unsur PAKSAAN atau TIPU HELAH. Kemudian diakhirnya, pentadbiran Sabah telah diserahkan dan diambil alih sepenuhnya oleh pihak British untuk ditadbir (Ianya berlaku setelah Tentera Jepun menyerah kalah ketika Perang Dunia Ke-2 baru berakhir). Dan perkara yang paling menarik/aneh sekali ialah, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah (Borneo Utara) dijajah oleh Jepun pada tahun 1941?? Jika benar Sultan Sulu ketika itu masih mempunyai "HAK" di Sabah dan betul2 SAYANGKAN negeri Sabah (sebagai seorang Sultan), pernahkah Baginda berusaha untuk menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan & menyelamatkan Sabah dari serangan Tentera Jepun??? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Kerana dikepulauan Sulu sendiri (tempat dimana Sultan Sulu ketika itu telah bersemayam) juga telah dijajah oleh Jepun.

Sebelum Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintah Baginda di Sabah & Borneo Utara kepada kerajaan Filipina yang ketika itu ditadbir oleh Presiden Macapagal pada 12 September 1962 yang berhasrat untuk menentang dan menghalang Sabah daripada bergabung untuk membentuk Gagasan Malaysia. Ini secara tidak langsung membuktikan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" serta bersikap "lepas tangan" dalam isu ini. Akhirnya perbuatan itu memakan diri apabila waris keturunan Sultan Sulu terpaksa "mengigit jari" kerana pada tahun 1989, kerajaan Filipina akhirnya telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.

Dan sehingga sekarang, ramai yang tidak sedar bahawa Kerajaan Malaysia TETAP & MASIH membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, akan tetapi "Baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "Baginda" merasakan dirinya berhak mendapat 50% daripada wang hasil ekonomi negeri Sabah (mungkin "Baginda" tamak). Dan mungkin "Baginda" sekali lagi terlupa, sebelum pembentukan Malaysia, Laporan Suruhanjaya Cobbold (CC) pada Jun 1962 telah membuktikan bahawa majoriti rakyat & penduduk Sabah telah bersetuju untuk bergabung bagi membentuk Gagasan Malaysia. Mungkin "Baginda" masih belum sedar bahawa penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "Baginda" sebagai "Sultan Sabah" kerana NEGERI SABAH SEKARANG ADALAH 100% HAK MILIK RAKYAT SABAH!!! Bukannya 'hak' milik Kesultanan Sulu & Borneo Utara lagi. 

"Baginda" seharusnya menghormati "hak" penduduk Sabah kerana MEREKA SENDIRI TELAH MEMBUAT PILIHAN. HAK rakyat Sabah harus DIHORMATI dan akan terus DIPERTAHANKAN buat selama2nya!! Namun perkara yang paling menjadi persoalan sekarang ialah, MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN LEBIH KINI "TERHEGEH2" DAN "BERIYA2" BENAR HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" PEMERINTAHAN KEATAS SABAH?? MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2 JIKA BENAR KERAJAAN FILIPINA INGIN "MENYINGKIRKAN" "BAGINDA"?? TIDAK SALAH RASANYA JIKA "BAGINDA" MAHU KEMBALI KE WILAYAH ASAL YANG PERNAH DATUK "BAGINDA""PINJAMKAN" SUATU KETIKA DAHULU NAMUN TERNYATA CARANYA SUDAH SALAH!! APAKAH "BAGINDA" MEMILIH UNTUK "MENYERANG" PADA WAKTU SEKARANG KERANA DIFIKIRKAN PADA KETIKA INI MALAYSIA SUDAH PUN BERADA DALAM KEADAAN HURU HARA?? HAKIKATNYA SEKARANG NEGERI SABAH ADALAH 100% HAK MILIK RAKYAT SABAH!!! FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH... SELAMANYA MALAYSIA!!!!!!! (MOHON SHARE)


p/s: dah nyanyuk kot org tue nieee......

Jumaat, Mac 01, 2013

PAVLOVA OOOHH PAVLOVA

Pavlova ni bukan juju buat pun...ni pemberian kawan opis....sebelum ni mmg juju teruja nak buat sbb mmg xpenah makan ...bg juju rase sesuai utk kanak2  sbb manis sgt2 bukan taste juju..mungkin boleh buat dkurangkan manis kot??? kalau buleh i try...ok la...sbb manis laaaa...bahye utk kesihatan...ok xpe..kite just tayang je la gambar...


makan ramai tp xhabis2...semua dok rase sikit2..maklumla org tue ahahhaaa




tang strawberi je juju suka ......start minggu depan..menu2 mungkin dikurangkan tayang sbb juju stop dulu...coz badan asik naik je....msk2 makan......ok di petang jumaat nie syahdu je...maklumla esok cuti... balik kg...kenduri kawen anak saudara...jadi dapur juju off ....periuk kuali angkat.... 2 hari xyah masak....

Khamis, Februari 28, 2013

SALASILAH KELUARGA JUJU...

Harini tergerak hati juju nak menulis tentang keturunan aka salasilah keluarga juju yg telah berjaya berkumpul pada tahun lepas..rentetan dari hari itu.....maka terjawab laa sudaa..... siapa moyang2 ku yg selama ni juju pun xtau hanya dengar2 je ...tapi x detail laaa....nak cite lebey pun penat je nak naipnye..ok ..layann



 haaaa ko ado...moyang kite adi putra....sah2 hensem mcm adi putra... dikabarkan adi putra @ tok persada kaya adalah keturunan di raja di pagar ruyung....


aaaaa moyang mahira ..jumpa pakwe hensem jaafar ihiiii

juju try baca xnampak kann so i retaip semula sikit2 yeyee...
Moyang Mahira dilahirkan di Kampung Sabai disekitar tahun 1800 .Mahira pernah berkahwin dan punya 2 anak. tapi malangnya jodoh xpanjang..so berpisah dan duduk ngan org tua bersama2 anaknya..
nak dijadikan cite....ni stail juju menulis hahahaa sebuah bahtera dagang berlabuh di Jeti Sabai so org tempatan pun pergi utk berdagang..rupe2nye moyang2 ku ini dah bermain mata disana ...untuk makluman moyang jaafar adalah ketua kapal dagang..( hebatkan moyang2ku)...mlm tu moyang2 ku pun bernikah n dapat la anak 4 org...Imam Yusuh, Khatib Mail, Hj Ishak (Moyang juju) & Hj, Kassim.. Moyang Hj. Ishak Title.. Datuk Setia Pegawa Hj. Ishak b. Hj. Jaafar( Org besar Ber 8) di Negeri Pahang..
Ok berbalik pd Moyang Mahira..dikatakan mempunyai raut wajah yang menawan dan rupa paras yg jelita...hidungnya mancung dan kulit putih kemerah merahan....aaaaa ni cicit2 dia mmg lawa2 hahahaa ( kembang sekejap) .....kesimpulan citenye juju bangga jadi cicit2 moyang tu...huhhh

juju duduk di no 4 (Hj Ishak) aaaa anak Hj Ishak Hj Shahabudin...aaaa tu aki juju......

juju adalah generasi ke-7 Mahira 

kalau ikut salasilah ni Moyang Mahira sepupu Mat Kilau & anak saudara Tok Gajah.....

generasi ke-7

generasi ke-8

generasi ke-8...

generasi ke-9? aaa tunggu juju dpt cucu lak hahahaha

AGAR2 BANDUNG & SIRAP


Bahan2:

1 paket serbuk agar2 (10gm) kaler merah
sirap
250gm gula
1 cwn susu full cream


Cara2:

1. Masak jee ikut sukatan yg diberi kat paket agar2 tu yerr...
2. Dah mendidih...bahagikan kepada 2 bekas....n 1 bekas campo laaa dgn susu..n satu lagi biarkan ajer mcm tuu..
3. Letak la dlm bekas yg disukai.....n sejukkan.....


yg chenta hati juju tu nina suka makan...sbb dia kate ade love...





Rabu, Februari 27, 2013

MEE GORENG

Sebenarnye..mee ni d masak pada hujung mgu lepas... mee goreng hari sabtu..mee hoon goreng hari ahad...xde mende pun bahan yg istimewa cuma saje nak tepek dlm blog...betapa rajinnye masak hahahaa err...rajin sgt ke? idak laa cuma rajin bila nak makan...kalau tekak sorg je sah2 makan megi jeee...ok ok...n3 mgu ni mmg hari2 ade....tgok mood masak k.....mgu depan hujung minggu xde la n3 coz balik kampung kenduri kawen anak sedara...so dapur off....mase tu la nak berehat pun..kot la berehatnyee....tp boleh kot sbb juju ade anak kecil lg...so org ade anak kecik xyah sebok2 wat keje hahaah....ok laaa layan je la gamboo yg ada....


org dok tayang dlm pinggan susun lawa2...juju x ehhehe idok kreatif pun...caramu..caramu...caraku? caraku....




juju suka mee hoon goreng....petua nak sedap mee..pastikan udang kering adaa yee..kalau xde...mcm x lengkapp rasanya.....

tungguu episod...akan dtg hahahaaaa................mcm cerekarama lakss kan...

PUDING ROTI


Bahan2:
4 keping roti
1 cawan susu full cream
2 sb gula
1 sb madu
1 biji telor
1 sb tepung kastad
garam
sedikit butter
kismis


yg ni mmg juju suka garing...yg xsuka jgn bako lame laaaa

Cara2:

1. Sapukan roti dengan butter dan roti di potong 2 (3 segi)
2. Susun roti dlm bekas mcm dlm gambar tu laaa (4 keping dulu)
3. Campurkan susu, gula, madu, telor, tepung kastad & juga garam (kacau bg gula larut)
4. Tuangkan bahan yg dicapur kedlm bekas roti... n tabur kismis...pastu susun lg 4 keping so buat la mcm yg pertama tadi..
5. Bakar pd suhu 160 c selama 30 minit.... juju bakar lebih sikit sbb suka garing...



rasa mmg xbape manis...sbb juju mmg xsuka sgt manis2...bg yg suka lebih manis boleh tambah je sukatan gula tuuu



juju suka kering je...so susu cukup untuk rendam sikit....kalau bnyk muak daaaa.......

ok itu jeee ..celoteh utk puding roti ni...bkn malas nak cite ade lg n3 yg kena masuk...huhuhu...ok kalau xpaham ..cari blog yg mmg teror masak...cth kak nor(secubit garam), kak jee (fauziah samad, kak ummi..kak linapg....tu semu ataiko2 masak hehehe...

ok...habis daaaaaaaaaaaaaa

Selasa, Februari 26, 2013

NASI AYAM BEREMPAH D SEKSYEN 5

Hari2 balik rumah mesti fikir nak masak ape? nak makan ape? untuk budak2 pe yg perlu dimasak untuk ayah lagi menu lainn soo bnyk kena fikir kan...ermmm itu laa keje rutin... jadi.. juju ambil pendekatan yang paling berkesan...cepat dan ringkas.....beli je depan rumah ahahha....ok pee sampai rumah boleh terus makan..xyah susah2 nak tanak nasi..nak kerat sayur...nak itu nak ini kann.. menu kegemaran kami sekeluarga Nasi Kukus Ayam Berempah hanya RM 5 hengget jee di depan rumah sajaaaaa....bwh pokok di Seksyen 5 BBB... so xyah p jauh2....sebungkus nasi boleh makan 2 org..(utk yg diet laa) ..



besarkan ayam dia???

jadi kalau beli pasti kena 3 bungkus....ofkos laaa 3 ..semua tanak kongsi....si nina dpt seketul ayam jadi...nak kongsi mmg xleh ..adik makan laksam..mmg peberet diaa....laksam tanpa sayuran.....habis sebungkuss....boleh dikatakan...dlm seminggu ade laa 3x mkn nasi sini...tokey tu pun dah kenal....dia mesti tanye punye...3 bungkus kak? peha? hahaha....iyee..iye....kihkihkih.....



bahan2 dia nasi, ayam , kuah n sambal..sedikit timun... yg timun acar tu juju yg buat huhuu...

PULUT SERIKAYA

PULUT SERIKAYA
By : Yatie
sharing : linapg
i try pulak

 
Bahan-bahan
* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah
  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum (lina pg jadikan campuran tepung= 1 cawan jer)
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah (linapg gn 1keping gula nipah))
* 1/2 cawan gula pasir (linapg boh 2sudu besar)
* 2 biji telur gred A
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir)
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)sy xboh

Cara Untuk Lapisan Atas
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.




nasib jadi huuhuh





syng nak kerat ehhee


 tadaaaaaaaaaaaaaaa.. kite x pandai nak hiass....so mcm tu je le persembahan huahua



first time buat kuih ni..alhamdulillah jadi..tq kak linapg..

Isnin, Februari 25, 2013

APAM MARMAR

Resepi ni bkn pertama kali dibuat...ada da N3 sebelum ni bezanya cuma yg ni pakai acuan cumel..itu aje ...& xde snap gambar2 so kali ni ada masa snap la kejap janji ade gak hasil kerja hari sabtu dan ahad... jadi layan kan ajer....



Apam Marmar
Sumber: CMG@myr
Sumber: Tun Telani
juju try lakss
Bahan2 (pakai acuan apam je)
  • 250 g tepung berserbuk penaik -tun guna tepung gandum biasa + 1 sk baking powder
  • 200 ml santan
  • 200 g gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate- guna yg ada tanda halal, ye
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
Cara2:
  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat. - mix sampai adunan jd putih gebu tau
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 15-20 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan.






yg coklat niee nanti n3 lain ok...




sbb mls nak tulis copy aje yg sediada.....

Khamis, Februari 21, 2013

SARAPAN APA??



Menu pagi ini.....................................................aa biase la mokcik yg bekerja huhuhu (xsemua) tp nak cite mokcik juju ni yg mmg xpenah sempat nak masak pagi....lgpun .....................family juju mmg xsuka minum pagi2 buter................. so senang kite minum ajer di opis..udahh......... secawan white coffee n 2-3 keping roti udah.... ok tu je yg dpt mengarut buat pagi ini...................ermm dkt tengah hari daa.......




nmpk mcm diet kan???? hah tengahari melantok xingat dunia...... habishhhhh diet...wahahah.......

Rabu, Februari 20, 2013

SAMBAL TEMPOYAK HIJAU DGN JERUK PETAI


20 biji cili hijau*
10 biji cili api*
2 senduk tempoyak
5 ulas bwg putih*
1 biji bwg besar (potong dadu)
petai jeruk
daun kunyit
1 btg serai
garam
gula
minyak



Cara2:

1. Kisar bahan2 yang bertanda* dan tumiskan ia hingga agak2 garing @ sampai msk cili2 tu yer...
2. Masukkan tempoyak , jeruk petai dan bawang besar
3. Masuk garam dan gula....gula untuk beri sedikit manis...ye la yempoyak kalau lama2 tu dah masam so  beri dia manis...rase mcm tempoyak baru kan...
4. Dah masak boleh la angkat n hidang....



resepi ni khas untuk 5-6 org...makan..jadi juju mkn ber 2 je....ni kena simpan la dlm ais box ..boleh makan esok lak...


semalam sayur kobis je wat ulam cicah sambal ni...